Ini adalah buku pertama yang diterbitkan sendiri oleh Ibnu Murad setelah sekian lama menulis di blog-blog dan di platform forum secara online. Alhamdulillah buku pertama ini dimulakan dengan langkah yang tidak dirancang dan diduga, namun telah dipamerkan di PBAKL sebaris buku-buku penulis hebat yang ternama. Tiada kata yang dapat diungkapkan, syukur kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui segala-galanya. Semoga buku ini menjadi panduan yang berguna kepada semua pembaca. Seterusnya semoga langkah ini bakal melahirkan pelbagai lagi karya yang boleh memberikan manafaat kepada semua. - Ibnu Murad -